Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sedang dalam proses membangunkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang baharu bagi menggantikan sistem e-Data PCB, e-PCB dan e-CP39 dengan fungsi yang sama dalam satu sistem. Majikan akan dimaklumkan tarikh sebenar sistem baharu akan mula digunakan. Bagi memastikan peralihan yang lancar, majikan diminta untuk membuat semakan data pekerja supaya maklumat nama, nombor pengenalan cukai (Tax Indentification Number – TIN) dan pasport pekerja adalah lengkap dan teratur. Data PCB yang tidak lengkap dengan maklumat-maklumat ini akan ditolak dan tidak akan dapat diproses dalam sistem PCB yang baharu. Pembayar cukai/pekerja boleh membuat semakan nombor pengenalan cukai (TIN) melalu e-Daftar di portal MyTAX atau dengan menghubungi pejabat LHDNM.Majikan juga diminta untuk memastikan semua transaksi bayaran dalam sistem PCB semasa diselesaikan sebelum atau pada 15 Januari 2024.