Bantuan | ENG | BM 03-8911 1000 (Malaysia) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Sistem e-CP39

e-CP39 merupakan satu kaedah baharu bagi majikan menghantar data Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja dan membayar secara dalam talian. Kegunaan sistem ini khusus untuk majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Penggunaan e-CP39 menjimatkan masa dan memudahkan pengiraan PCB.
0.2
BAYARAN MELALUI CEK DAN BANK DRAF TIDAK TERSEDIA
2 months ago

Bermula pada 1 Ogos 2023, pembayaran melalui cek dan bank draf tidak lagi sah untuk digunakan. Sila gunakan kaedah lain seperti pembayaran tunai, FPX dan Perbankan Internet untuk membuat pembayaran.

KADAR CUKAI BAHARU KE ATAS PENGIRAAN PCB
3 months ago

Untuk makluman, penggunaan kadar cukai baharu ke atas pengiraan PCB adalah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023 selari dengan Akta Kewangan 2023 yang telah diwartakan pada 31 Mei 2023

Bayaran bagi Sistem e-CP39 tahun 2022
9 months ago

Mohon pihak majikan untuk menyelesaikan semua bayaran PCB tertunggak bagi tahun 2022 sebelum atau pada 15hb Januari 2023 bagi mengelak daripada sebarang masalah