Bantuan | ENG | BM 03-8911 1000 (Malaysia) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Sistem e-CP39

e-CP39 merupakan satu kaedah baharu bagi majikan menghantar data Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja dan membayar secara dalam talian. Kegunaan sistem ini khusus untuk majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Penggunaan e-CP39 menjimatkan masa dan memudahkan pengiraan PCB.
0.2
PERSEDIAAN PENGGUNAAN e-PCB PLUS
5 days ago

Lanjutan daripada ‘email blast’ sebelum ini, mohon perhatian kepada semua majikan berkaitan persediaan peralihan Sistem PCB kepada Sistem e-PCB Plus.TANGGUNGJAWAB MAJIKANMajikan perlu pastikan maklumat pekerja adalah lengkap: Nama No. Kad Pengenalan atau Pasport No. Pengenalan Cukai (TIN) PENDAFTARAN TIN SECARA DALAM TALIAN (e- DAFTAR) Mulai 1 Januari 2024, permohonan TIN individu hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my;PENDAFTARAN TIN AUTOMATIKPendaftaran TIN bagi individu warganegara dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah secara automatik.Semakan TIN yang telah didaftarkan boleh dibuat melalui kaedah berikut : Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my; Hasil Contact Centre di talian 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara); atau Mana-mana pejabat HASiL yang berhampiran. PERINGATAN PENTING:  PCB TIDAK DAPAT DIPROSES DI SISTEM e-PCB PLUS SEKIRANYA DATA PEKERJA TIDAK LENGKAP 

Semakan No TIN dan ID MyTAX
1 month ago

Untuk makluman, Sistem e-PCB Plus akan menggantikan sistem PCB sediada (e-PCB / e-CP39 / e- Data PCB) dalam satu platform. Sistem baharu ini boleh diakses melalui Portal Mytax dengan menggunakan Nombor Pendaftaran Cukai (TIN) daripada ID MyTAX pengguna. Tarikh sebenar penggunaan sistem baharu ini akan dimaklumkan kemudian kepada majikan. Majikan perlu memastikan individu yang diberi kuasa berkaitan kiraan, bayaran & penghantaran data PCB telah mempunyai ID MyTAX. Majikan juga perlu memastikan maklumat data pekerja ( nama / TIN / no. pengenalan) adalah betul dan teratur bagi membolehkan PCB pekerja diproses apabila menggunakan sistem baharu. Pendaftaran dan semakan TIN / ID MyTAX boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Daftar di portal MyTAX atau dengan menghubungi pejabat LHDNM yang berdekatan.

Penyelenggaraan Sistem eCP39
1 month ago

Sistem eCP39 akan ditutup pada 5 Mac 2024 (Selasa) dari jam 6.00 petang hingga 12.00 pagi (6 Mac 2024) bagi tujuan penyelenggaraan.