Bantuan | ENG | BM 03-8911 1000 (Malaysia) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Sistem e-CP39

e-CP39 merupakan satu kaedah baharu bagi majikan menghantar data Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja dan membayar secara dalam talian. Kegunaan sistem ini khusus untuk majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Penggunaan e-CP39 menjimatkan masa dan memudahkan pengiraan PCB.
0.1
Semakan No TIN dan ID MyTAX
2 weeks ago

Untuk makluman, Sistem e-PCB Plus akan menggantikan sistem PCB sediada (e-PCB / e-CP39 / e- Data PCB) dalam satu platform. Sistem baharu ini boleh diakses melalui Portal Mytax dengan menggunakan Nombor Pendaftaran Cukai (TIN) daripada ID MyTAX pengguna. Tarikh sebenar penggunaan sistem baharu ini akan dimaklumkan kemudian kepada majikan. Majikan perlu memastikan individu yang diberi kuasa berkaitan kiraan, bayaran & penghantaran data PCB telah mempunyai ID MyTAX. Majikan juga perlu memastikan maklumat data pekerja ( nama / TIN / no. pengenalan) adalah betul dan teratur bagi membolehkan PCB pekerja diproses apabila menggunakan sistem baharu. Pendaftaran dan semakan TIN / ID MyTAX boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Daftar di portal MyTAX atau dengan menghubungi pejabat LHDNM yang berdekatan.

Penyelenggaraan Sistem eCP39
1 month ago

Sistem eCP39 akan ditutup pada 5 Mac 2024 (Selasa) dari jam 6.00 petang hingga 12.00 pagi (6 Mac 2024) bagi tujuan penyelenggaraan.

Notifikasi Awal e-PCB Plus
3 months ago

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sedang dalam proses membangunkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang baharu bagi menggantikan sistem e-Data PCB, e-PCB dan e-CP39 dengan fungsi yang sama dalam satu sistem. Majikan akan dimaklumkan tarikh sebenar sistem baharu akan mula digunakan. Bagi memastikan peralihan yang lancar, majikan diminta untuk membuat semakan data pekerja supaya maklumat nama, nombor pengenalan cukai (Tax Indentification Number – TIN) dan pasport pekerja adalah lengkap dan teratur. Data PCB yang tidak lengkap dengan maklumat-maklumat ini akan ditolak dan tidak akan dapat diproses dalam sistem PCB yang baharu. Pembayar cukai/pekerja boleh membuat semakan nombor pengenalan cukai (TIN) melalu e-Daftar di portal MyTAX atau dengan menghubungi pejabat LHDNM.Majikan juga diminta untuk memastikan semua transaksi bayaran dalam sistem PCB semasa diselesaikan sebelum atau pada 15 Januari 2024.